Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Progresif taja liputan WiFi di wad onkologi pediatrik

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Progresif Sdn Bhd menerusi pasukan perusahaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR), telah menaja jaringan Internet dengan menyediakan liputan WiFi untuk Wad Onkologi Pediatrik, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di bawah Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA).

    Progresif dalam kenyataan yang dikeluarkan, menyatakan bahawa inisiatif berkenaan dimulakan untuk memberi kembali kepada komuniti di mana mereka berkhidmat, terutamanya dalam kemajuan pendidikan.

    Melalui CSR jenama itu, syarikat itu dapat menyediakan sambungan yang membolehkan pelajar mengakses pendidikan mereka dan membolehkan mereka berhubung secara maya dengan keluarga dan rakan semasa menjalani rawatan.

    Pengurus Perhubungan Perusahaan Kanan Progresif (Kerajaan dan Projek Khas), Hajah Normah binti Ahmad dipetik berkata, “Kami tahu bahawa penggunaan komunikasi maya yang semakin meningkat akan membolehkan kanak-kanak dan keluarga mengekalkan hubungan maya. Ini menekankan betapa kritikalnya untuk semua orang di Brunei, malah para pesakit, boleh meng-akses Internet dan terus berhubung.

    Manakala itu, Penasihat YASKA, Dr Hajah Norehan binti Haji Johari pula berkata, bagi kanak-kanak yang menghidap kanser, hospital adalah rumah kedua kerana mereka perlu kerap ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mempunyai akses kepada WiFi merupakan suatu perkara yang bagus kerana ia boleh digunakan untuk mengalih perhatian anak-anak dengan program dalam talian semasa prosedur atau rawatan mereka.

    “Ia juga mudah untuk kami (YASKA) melakukan pendidikan berasaskan web untuk ibu bapa dan pekerja penjagaan kesihatan. Mendapat sokongan daripada Progresif amat bermakna kepada kami, kerana tiada kanak-kanak harus melawan kanser seorang diri,”
    ujarnya.

    Tajaan berkenaan membolehkan kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di wad berkenaan mengakses kepada pendidikan mereka. – Gambar serahan Progresif
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...