Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Projek Balkony perkasa sekuriti makanan

    Oleh Nurdiyanah R
    Gambar serahan Kilang Reboot

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Dengan matlamat untuk menggalakkan kesedaran dan penglibatan circular economy, pertanian bandar dan keselamatan kawalan makanan, Projek Balkony telah dilancarkan di Pusat Belia baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Kilang Reroot merupakan penganjur utama inisiatif tersebut. Pada majlis pembukaan, Pengasas dan Pengarah Urusan Kilang Reroot, Dayang Siti binti Jaafar melahirkan harapan projek itu mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mengambil tindakan dan menyokong pengeluaran makanan yang mampan dan mengurangkan kesannya terhadap persekitaran.

    “Kami percaya bahawa memperkasakan individu untuk menanam makanan mereka sendiri adalah satu langkah kecil tetapi amat penting,” ujarnya.

    Dalam tempoh lapan bulan akan datang, 34 individu berusia 16 hingga 64 akan belajar tentang pertanian, amalan pertanian dan kerja kayu. Mereka akan mendapat bimbingan daripada pakar dalam bidang pertanian dan mengusahakan kebun mereka sendiri. Dalam pada itu, para peserta juga akan diajar cara untuk mengoptimumkan ruang kecil di rumah mereka untuk menanam hasil pertanian.

    Projek berkenaan dijangka berlangsung dari Mac hingga September, dengan pameran penutupan produk oleh peserta dirancang diadakan pada Oktober kelak.

    Projek ini juga sebagai salah satu daripada 142 projek yang akan menerima Alumni Engagement Innovation Fund (AEIF) daripada konsulat Amerika Syarikat di ASEAN.

    Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Awam di Kedutaan Amerika Syarikat di Bandar Seri Begawan, Jeff Barrus dalam ucapan pembukaannya menyatakan penganugerahan pembiayaan itu adalah amat kompetitif dan ini merupakan kali pertama salah seorang alumni Brunei menerima pembiayaan AEIF.

    Dayang Siti berucap semasa majlis pembukaan, baru-baru ini.
    Para peserta bersama tanaman masing-masing.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...