Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Remy bakal bergelar bapa

    Pelakon, Remy Ishak mengesahkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Ezza Yusof kini hamil lima bulan.

    Berita gembira itu dikongsi Remy, 41, menerusi temu bual bersama Kosmo! baru-baru ini, sekali gus menamatkan teka-teki peminat yang selama ini membuat spekulasi tentang perkara tersebut.

    “Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal.

    “Doktor pun beri nasihat supaya tidak digembar-gemburkan dahulu. Jadi, memang tak boleh nak kongsi,” jelasnya.

    Bintang filem Harum Malam itu bagaimanapun mengakui teruja menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya itu beberapa bulan lagi dan perasaan tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

    Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. – Agensi

    Isteri Remy kini hamil lima bulan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...