Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pusat penjagaan kanak-kanak dibuka semula, 80 peratus kapasiti

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) memaklumkan orang ramai bahawa pusat penja-gaan kanak-kanak di bawah kawalan jabatan berkenaan akan dibukakan semula dengan mengehadkan 80 peratus kapasiti kanak-kanak sahaja dalam satu masa, bermula 5 April sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    Pengoperasian pusat penjagaan kanak-kanak juga tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat utama dan kesediaan pusat berkenaan untuk beroperasi mengikut garis pandu dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh JAPEM, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perdana Menteri.

    Ini termasuk membuat ujian pantas antigen (ART) tiga kali seminggu (Ahad, Selasa dan Jumaat) dan dijalankan di rumah bagi petugas, ibu bapa dan kanak-kanak.

    Kanak-kanak berumur satu tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk dihantar ke pusat penjagaan dan menumpukan aktiviti secara individu sahaja, pemilik hendaklah memastikan premis mempunyai pengudaraan yang mencukupi dengan pemasangan Hepa Filter dan hanya individu yang mempunyai keputusan ART yang negatif dibenarkan untuk hadir ke premis berkenaan dan individu yang mengalami simptom COVID-19 dan berisiko tinggi tidak dibenarkan masuk.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...