Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Puteri Sarah nak jadi YB

    Ketika ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia sedang menanti siapakah bakal perdana menteri yang baharu diumumkan, pelakon, Puteri Sarah Liyana mencuri perhatian apabila menyatakan hasrat bertanding sebagai calon wakil rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

    Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata, dia mahu bertanding bagi memperjuangkan hak dalam kalangan wanita memandangkan perkara itu dipandang remeh sebelum ini.

    “Lagi lima tahun nak bertanding juga.

    “Nak bertanding untuk pertahankan hak wanita sebab perkara itu di Malaysia tidak kuat. Kena ada seseorang yang lantang untuk bercakap buat mangsa,” katanya.

    Sarah meluahkan perkara itu di Instastory miliknya pada Selasa dan turut membuka undian bertanya pendapat kepada peminat tentang hasratnya itu.

    Puteri Sarah Liyana mencuri perhatian apabila menyatakan hasrat bertanding sebagai calon wakil rakyat pada pilihan raya umum akan datang dengan hasrat untuk membela hak wanita di Malaysia. – Agensi

    Impian tersebut juga seakan serius apabila isteri kepada Syamsul yusof itu mahu memulakan langkah dengan mendalami ilmu politik.

    “Buat masa sekarang saya belajar dahulu tentang politik dan undang-undang. Politik yang berkaitan dengan ekonomi dan kesihatan.

    “Mengambil diploma atau ijazah sarjana muda untuk pengiktirafan juga adalah langkah terbaik. Mula melihat daripada aspek ini dan keperluan dari semua sudut,” katanya.

    Sejak beberapa bulan lalu kisah rumah tangga Sarah dan Syamsul mula menjadi perhatian ramai apabila dia memulakan langkah mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

    Sarah sebelum ini memberitahu sudah lebih empat tahun mendiamkan diri sebelum mengambil keputusan mempertahankan haknya.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 2 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...