Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Quartararo lanjut kontrak hingga 2025

    MONTMELO, SEPANYOL, 3 JUN – Juara dunia MotoGP, Fabio Quartararo telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama Yamaha untuk mengekalkannya sebagai penunggang mereka sehingga 2025, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan Jepun itu kelmarin.

    Selepas ditukarkan dengan pasukan satelit Yamaha-SRT, penunggang warga Perancis berusia 23 tahun itu telah menyertai pasukan rasmi pada 2021, di mana dia menggantikan penunggang legenda, Valentino Rossi dan merangkul gelaran juara.

    “Quartararo telah menunjukkan kebolehannya, ciri berpasukan dan konsisten setakat ini dalam dua tahun bersama dengan pasukan perlumbaan Yamaha,” menurut kenyataan daripada pasukan tersebut.

    “Dengan kerjasama yang berjaya terjalin telah memberikan dia gelaran juara pertama dalam kejohanan MotoGP du-nia tahun lalu, iaitu musim pertamanya bersama pasukan berkenaan.

    Selain itu, Quartararo telah berjaya memenangi enam perlumbaan dan berada di podium sebanyak 14 kali bersama pasukan Yamaha pada tahun 2021 dan 2022 setakat ini, dan telah meraih tiga kemenangan serta 10 podium bersama pasukan satelit pada dua tahun sebelumnya.

    Di Portugal, dia hanya meraih satu kemenangan pada musim ini tetapi masih lagi mendahului dalam senarai 2022, iaitu lapan mata berada di hadapan pesaingnya, Aleix Espargaro dari Aprilia.

    Quartararo mengatakan bahawa Yamaha meletakkan kepercayaan terhadapnya sejak awal lagi dan perkara itu juga yang menurutnya adalah sesuatu yang tidak boleh diambil ringan. – AFP

    Aksi Fabio Quartararo menunggang motosikalnya semasa sesi latihan di litar lumba Catalunya, Montmelo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...