Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ford labur AS$3.7b dalam projek kilang Midwestern

    NEW YORK, 3 JUN – Ford kelmarin mengumumkan projek modal berbilion dolar baharu di kilang Midwestern berhampiran tempat asalnya di Detroit, ketika syarikat gergasi kereta itu meluaskan pelaburan baharu ke seluruh Amerika Syarikat.

    Pembuat kereta berusia 119 tahun itu merancang untuk membelanjakan AS$3.7 bilion untuk menambah kapasiti pengeluaran bagi gabungan kenderaan elektrik (EV) dan kereta berkuasa petrol konvensional di negeri Michigan, Ohio dan Missouri.

    Langkah itu merupakan susulan daripada pengumuman September lalu mengenai projek $11.4 bilion dengan SK Innovation, sebuah syarikat bateri Korea Selatan, untuk membina kilang pengeluaran kereta dan bateri di Tennessee dan Kentucky. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...