Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Rakyat Australia hidap diabetes meningkat tiga kali ganda

    CANBERRA, 13 JULAI – Bilangan rakyat Australia yang menghidap diabetes meningkat tiga kali ganda sejak 20 tahun lalu, menurut data kerajaan, lapor Xinhua.

    Menurut laporan Institut Kesihatan dan Kebajikan Australia (AIHW) hari ini, lebih 1.3 juta atau 4.3 peratus daripada rakyatnya menghidap diabetes pada 2020, berbanding hanya 460,000 pesakit pada 2000.

    Dalam tempoh 20 tahun, seorang warga Australia didiagnosis menghidap diabetes setiap lapan minit, menurut institut itu.

    Sementara itu, diabetes jenis dua menyumbang lebih 90 peratus kes di Australia, sehingga menjejaskan 1.2 juta rakyatnya pada 2020.

    Laporan AIHW mendapati diabetes adalah punca kematian lebih 5,000 orang pada 2020 dan menjadi faktor penyumbang kepada 12,300 kes.

    Diabetes menyumbang sebanyak AU$3 bilion (AS$2.03 bilion) bagi perbelanjaan sistem kesihatan pada 2018-2019, mewakili 2.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan untuk merawat penyakit. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...