Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar kereta Land Rover di negara ini telah memperkenalkan generasi Range Rover Sport baharu bagi 2022 semasa sesi uji pandu yang berlangsung di Bilik Pameran Indera Motors Sdn Bhd, Beribi hari ini.
Range Rover Sport baharu itu menampilkan rekaan yang lebih sportif, elegan, dan lebih gagah, serta didatangkan dalam empat varian yang berbeza iaitu S, SE, HSE dan Autobiography.
Model berkenan sedikit sebanyak mengekalkan struktur pembinaan model terdahulu, di mana ia diterapkan dengan pelbagai teknologi canggih dan terkini.
Menurut wakil pemasaran Indera Motors Sdn Bhd, Range Rover Sport baharu itu lebih
tangkas dan responsif berbanding model sebelumnya.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kereta baharu itu bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Land Rover.
Dalam pada itu, Indera Motors juga akan mengadakan majlis pelancaran model terbaharu tersebut di bilik pameran berkenaan esok.
