Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    RB, HXTC dan Hengyi meterai perjanjian

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan RB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), Hangzhou Xiaoshan Ticketing Centre (HXTC) dan Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi) telah menandatangani Perjanjian Membaharui Block Space bagi penerbangan di antara Negara Brunei Darussalam dan Hangzhou, China yang dimeterai di Kampus RB, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RB, hari ini, menandatangani bagi pihak RB ialah Ketua Pegawai Eksekutif EB, Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid, manakala menandatangani bagi pihak HXTC ialah Ketua Pegawai Eksekutif, James Chen serta bagi Hengyi ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Chen Lian Chai.

    Di bawah perjanjian itu, HXTC akan mengambil kapasiti blok penerbangan RB di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan bagi pihak Hengyi di mana perjanjian itu dijangka akan mempromosi kerjasama perdagangan dan ekonomi yang lebih besar di antara Brunei dan China.

    Kapten Sabirin dipetik menyatakan perasaan teruja kerana dapat memperbaharui perjanjian dengan HXTC dan Hengyi yang akan menyediakan pengalaman perjalanan lancar dan efisien bagi rakan-rakan kongsi perniagaan serta kakitangan Hengyi.

    Kapten Sabirin, James Chen dan Chen Lian Chai semasa menandatangani Perjanjian Membaharui Block Space yang diadakan di Kampus RB.
    Kapten Sabirin, James Chen dan Chen Lian Chai bergambar ramai setelah selesai menandatangani perjanjian baharu Block Space yang diadakan di Kampus RB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...