Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    RB sambung laluan Dubai-London

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah memperkenalkan semula laluan Dubai-London sebagai sebahagian daripada jadual musim sejuk baharu, berkuat kuasa November ini.

    Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, “Kami berbesar hati untuk membawa kembali laluan yang sangat dituntut ini ke dalam rangkaian kami.

    “Dengan laluan ini, pelanggan kami di London dan Dubai boleh sekali lagi mengalami keramahan orang Brunei yang terkenal melalui kru kabin kami yang memenangi anugerah dalam penerbangan terus,” katanya.

    Menurut beliau lagi, pengenalan semula laluan itu juga menawarkan pelanggan yang terbang dari hab di Brunei peluang untuk mengalami percutian berkembar, di mana mereka boleh memilih untuk tinggal di Dubai dalam sehari atau lebih sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke London.

    “Begitu juga untuk pelanggan kami yang membuat perjalanan dari London ke Melbourne atau sebaliknya, mereka boleh memilih untuk bercuti di Dubai atau Brunei,” tambahnya.

    Bagi pelanggan yang ingin merasai percutian berbilang bandar, ujar beliau, penumpang boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan RB terdekat atau ejen pelancongan pilihan.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang RB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...