Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Real Madrid mara ke separuh akhir secara agregat

    MADRID, 13 APRIL – Luka Modric mengubah kedudukan dan Karim Benzema menyelesaikannya ketika Real Madrid bertahan daripada kebangkitan sensasi Chelsea untuk memenangi perlawanan suku akhir Liga Juara-juara dengan agregat 5-4.

    Chelsea membatalkan pendahuluan 3-1 Madrid pada perlawanan pertama dengan cara yang menakjubkan di Santiago Bernabeu ketika Mason Mount, Antonio Rudiger dan Timo Werner meletakkan juara bertahan Eropah itu hampir dengan kemenangan yang luar biasa.

    Tetapi Modric yang berusia 36 tahun menghalang dengan satu lagi momen menarik untuk menambah gol terbaik dalam kariernya yang cemerlang, kuisan kaki kanannya meloloskan bola kepada Rodrygo untuk sepakan voli dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.

    Selepas menjaringkan hatrik di Stamford Bridge, Benzema kemudian melangkah ke hadapan untuk mendapatkan kemenangan.

    Pemain Perancis itu memanfaatkan cubaan Rudiger untuk menanduk masuk bola ke dalam gawang, kekalahan 3-2 yang cukup untuk menyaksikan Madrid mara ke separuh akhir.

    Pada wisel penamat, Modric dan Benzema bergerak dengan cepat, gabungan usia 70 tahun mereka mengetepikan dua lagi sumbangan vintaj yang telah membawa Real Madrid untuk merangkul Piala Eropah ke-14.

    Mereka akan berdepan sama ada dengan Manchester City atau saingan mereka iaitu Atletico Madrid dalam separuh akhir nanti.

    Selepas dibelasah oleh Brentford dan kemudian dikalahkan oleh Madrid pada perlawanan pertama minggu lalu, Chelsea kembali bersemangat selepas menewaskan Southampton dengan enam gol dalam Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu lepas.

    Thomas Tuchel berkata pada Isnin bahawa mereka memerlukan ‘perancangan hebat’ untuk mencatat kebangkitan dan mereka jelas sekali berjaya mempamerkannya, satu-satunya kegagalan mereka adalah tidak mampu mengekang Modric dan Benzema semasa perlawanan. – AFP

    Reaksi Karim Benzema meraikan selepas berjaya menjaringkan gol untuk Real Madrid dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-juara UEFA di antara Real Madrid dan Chelsea di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...