Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    100 hadiri ceramah perubahan iklim

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai strategi Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei, ceramah maya berhubung perubahan iklim dan kesan di Brunei serta usaha yang dilakukan telah diadakan secara dalam talian melalui platform Zoom, pada hari ini.

    Acara maya yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Brunei-USA (BUSA) dan Green Brunei dan dengan kerjasama Sekretariat Perubahan Iklim Brunei (BCCS) itu bertujuan berkongsi maklumat berharga tentang bagaimana dunia dan khususnya Brunei berhasrat untuk menangani bencana yang bakal berlaku.

    Ceramah maya yang dihadiri 100 peserta daripada latar belakang profesio-nal berbeza, telah disampaikan oleh Ir. Ahmad Zaiemaddien bin Pehin Dato Haji Halbi yang kini mengetuai BCCS berpusat di Kementerian Pembangunan.

    Dalam peranan tersebut, beliau bertanggungjawab terhadap pelaksanaan 10 strategi utama yang ditetapkan di bawah Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei, dan merupakan wakil negara kepada UNFCCC.

    Ceramah maya itu disusuli dengan sesi soal jawab selama 10 minit dan diakhiri dengan tayangan video mengenai perubahan iklim dan kuiz yang diketuai oleh wakil Green Brunei, Awang Muhammad Saifulbahri bin Bahrin.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Pegawai Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Brunei Darussalam, Jeffrey Barrus berkata krisis iklim juga merupakan krisis lautan dan AS komited untuk mempelopori matlamat global untuk pemuliharaan lautan, termasuk memulihara atau melindungi sekurang-kurangnya 30 peratus daripada lautan global pada tahun 2020.

    Sementara itu, Presiden BUSA, Dayang Salimah binti Haji Saim berkata, dalam perkongsian maklumat penting mengenai perubahan iklim, BUSA berharap dapat mendedahkan ahlinya terutamanya generasi muda tentang peranan dalam melindungi dan memulihara iklim.

    Persatuan Brunei-USA telah ditubuhkan pada 2015 dengan misi untuk menyokong kepentingan yang dikongsikan oleh Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat melalui pertukaran perdagangan, pendidikan, budaya dan sosial.

    Ahli-ahlinya terdiri daripada individu yang telah mengambil bahagian dalam program tajaan AS, fellowship, biasiswa akademik, dan bengkel serta persatuan pelajar.

    Antara peserta semasa menghadiri ceramah mengenai perubahan iklim yang diadakan secara dalam talian kelmarin. – Gambar serahan BUSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...