Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Rekod bersih Blackburn lebur

    LONDON, 18 OGOS – Rekod bersih Blackburn Rovers di Liga Kejuaraan berakhir selepas mencatatkan kekalahan 3-0 di Reading, kelmarin.

    Pendahulu liga, Rovers, memulakan perlawanan dengan merekodkan tiga kemenangan dalam kesemua perlawanan pembukaan mereka ketika Rovers memburu impian kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris. Berbeza dengan Reading, mereka tewas dua daripada tiga pertemuan pembukaan, termasuk dibelasah 4-0 oleh Rotherham pada hujung minggu lalu.

    Tetapi Reading layak meraih mata penuh selepas Tom McIntyre meletakkan pasukan di hadapan pada minit ke-15.

    Junior Hoilett kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-60 dan pemain gantian Lucas Joao melengkapkan kemenangan buat Reading.

    Meskipun mencatatkan kekalahan, Blackburn kekal berada di puncak liga dengan kelebihan satu mata ke atas Hull dan Watford.

    Sementara itu, Sheffield United naik ke tangga keempat selepas kemenangan 2-1 ke atas Sunderland yang bermain dengan 10 pemain.

    Gol hasil Anel Ahmedhodzic dan Max Lowe berjaya menghadiahkan kemenangan buat The Blades.

    Selepas terpaksa bermain dengan kurang seorang pemain selama sejam berikutan Dan Neil yang dibuang padang, Sunderland berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan oleh Lynden Gooch.

    Dalam perlawanan berasingan, D’Margio Wright-Phillips berjaya menjaringkan gol penyamaan minit akhir buat Stoke selepas mereka mencatatkan keputusan seri 2-2 di laman sendiri menentang Middlesbrough. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...