Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Remaja terbunuh, kedai runtuh sebab lebih muatan stok

    HANOI, 18 JAN – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terbunuh apabila sebuah kedai serbaneka runtuh di Ho Chi Minh City, Vietnam hari ini, dengan pekerja-pekerja penyelamat menyalahkannya atas lebih muatan stok menjelang tahun baharu Cina.

    Sekurang-kurangnya seorang lagi dipercayai terperangkap dalam kedai Circle-K dua tingkat itu, media kerajaan melaporkan, selepas lapan yang lain melepaskan diri dari tingkat bawah.

    “Paramedik memberikan CPR kepada remaja itu dalam ambulans ketika kami mengejarkannya ke hospital. Namun kami dimaklumkan oleh hospital bahawa dia telah mati,” Nguyen Duy Long, ketua perkhidmatan ambulans di hab perniagaan selatan itu, memberitahu AFP.

    Gambar-gambar lokasi kejadian menunjukkan jumlah besar minuman ringan, susu dan barangan lain bertimbum di luar kedai itu selepas dikeluar-kan oleh para pekerja penyelamat yang mencari mangsa-mangsa. – AFP

    Pekerja penyelamat mengangkat perkakas dari kedai serbaneka Circle-K selepas sebahagian bangunan itu runtuh, membunuh seorang remaja perempuan 15 tahun, di Ho Chi Minh City, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...