Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ribut pasir jejas lapangan terbang Iraq

    BAGHDAD, 23 MEI – Iraq menutup lapangan terbang dan bangunan awam hari ini apabila satu lagi ribut pasir – yang kesembilan sejak pertengahan April – melanda negara itu.

    Ibu negara Baghdad diselubungi lapisan debu tebal yang meninggalkan jalan raya yang biasanya sesak dengan lalu lintas lengang hari ini, kata wartawan AFP.

    Perdana Menteri Mustafa al-Kadhemi mengarahkan semua kerja dihentikan sementara di institusi awam, dengan kekecualian fasiliti kesihatan dan agensi keselamatan.

    Beliau memetik ‘keadaan iklim yang teruk dan kedatangan ribut pasir kuat’ dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya.

    Iraq adalah salah satu daripada lima buah negara yang paling mudah terjejas akibat perubahan iklim.

    Kementerian alam sekitar telah mengingatkan dalam tempoh dua dekad akan datang, Iraq akan mengalami ribut pasir 272 hari setahun, me-ningkat kepada lebih 300 pada tahun 2050.

    Lalu lintas udara digantung hari ini di lapangan terbang antarabangsa di Baghdad, Erbil dan Najaf, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh setiap lapangan terbang.

    Dua ribut pasir sebelumnya membunuh seorang individu dan menyebabkan 10,000 orang dimasukkan ke hospital dengan masalah pernafasan.

    Negara Timur Tengah sentiasa dibelenggu ribut pasir, namun fenomena itu telah menjadi semakin kerap dan kuat dalam beberapa tahun ini. – AFP

    Seorang lelaki menyorong kerusi rodanya di sebatang jalan semasa ribut pasir di Baghdad, Iraq kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...