Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Risiko tinggi pulihkan ekonomi Afrika Selatan

    CAPE TOWN, 24 FEB – Pemulihan ekonomi Afrika Selatan yang telah dibebani oleh pandemik COVID-19, rusuhan, rasuah dan pengangguran yang tinggi akan menjadi sukar, menurut menteri kewangan semasa memberi amaran tersebut kelmarin.

    Pertumbuhan ekonomi diunjurkan 2.1 peratus pada tahun ini, menurun kepada purata 1.8 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Enoch Godongwana semasa membentangkan penyataan belanjawan tahunan kerajaan.

    “Pemulihan ekonomi kami tidak sekata dan risiko kekal tinggi,” katanya.

    “Kita mesti meneruskannya dengan berhati-hati,” tambahnya.

    Sekatan yang dikenakan tahun lalu dan pada 2020 untuk mengawal penularan COVID-19 menyebabkan kebanyakan aktiviti ekonomi terhenti dan menjerumuskan berjuta-juta orang ke dalam situasi pengangguran.

    Sementara itu, dengan lebih daripada 3.6 juta kes COVID-19 dan hampir 99,000 kematian dicatatkan, Afrika Selatan adalah negara yang paling teruk terjejas di benua tersebut.

    Godongwana berkata bajetnya bertujuan untuk mencapai “keseimbangan penting antara menyelamatkan nyawa dan mata pencarian, sambil menyokong pertumbuhan inklusif”.

    Afrika Selatan juga telah digegarkan oleh rusuhan pada Julai tahun lalu yang memusnahkan lebih AS$3 bilion daripada ekonomi selepas perniagaan telah ditutup di dua wilayah dengan populasi penduduk paling ramai iaitu Gauteng dan KwaZulu-Natal.

    Pergolakan yang terjadi itu yang dicetuskan oleh pemenjaraan bekas presiden Jacob Zuma kerana enggan hadir semasa dipanggil oleh penyiasat rasuah, menyebabkan jutaan kehilangan pekerjaan.

    Kadar pengangguran berjumlah antara 35 peratus daripada populasi umum hingga 65 peratus dalam kalangan golongan muda. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...