Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Rosyam Nor gelisah cucu kesayangan bakal pindah

    Hampir empat bulan tinggal bersama, pelakon Datuk Rosyam Nor mengakui mula berasa sedih apabila akan berpisah dengan cucu lelaki pertamanya tidak lama lagi.

    Cerita Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, sejak kehadiran cucu keempat itu pada November lalu, dia sudah terbiasa dengan rutin untuk bermain dengan anak damit berkenaan.

    “Alhamdulillah, cucu lelaki saya dah memasuki usia empat bulan. Sekarang ini dia tinggal dengan saya sebab masa nak bersalin dulu anak saya pindah duduk di rumah.

    “Mungkin tak lama lagi dia akan pulang ke rumah mereka semula. Memang agak sedih tapi tak apa, rumah kami berdekatan sahaja.

    “Setiap kali sebelum atau selepas pergi kerja, mesti saya akan cari cucu dulu. Anak-anak pun dah besar, jadi kita cari cucu la,” katanya.

    Dalam pada itu menurut pelakon berusia 55 tahun ini, dia teruja apabila bakal menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri bersama empat orang cucunya.

    “Suasana saya memang berbeza, lagi-lagi Ramadan dan raya akan datang ini. Kalau sebelum ini, sambut dengan anak, kali ini dengan cucu-cucu,” katanya.

    Pada November tahun lalu, Rosyam berkongsi kegembiraan apabila menimang cucu lelaki pertama yang dinanti-nantikan selama 32 tahun.

    Anak perempuan Rosyam iaitu Nur Anis melahirkan anak damit lelaki iaitu Muhammad Raees Mikael di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra, Seri Kembangan, Selangor pada 16 November tahun lalu.

    Pelakon filem KL Gangster 2 ini turut mempunyai tiga orang cucu perempuan hasil perkahwinan anak sulungnya. – Agensi

    Rosyam sentiasa mencari cucu lelakinya sebelum atau selepas pulang dari kerja. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...