Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kempen bersih kubur giat dijalankan

    Oleh Yusrin Junaidi & Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Dengan bulan Ramadan bakal menjelang dalam beberapa hari sahaja lagi, umat Islam di negara ini sama ada agensi-agensi kerajaan, persatuan dan orang ramai giat melaksanakan kempen gotong-royong membersihkan tanah perkuburan.

    Hari ini, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong A telah mengadakan Kempen
    Kebersihan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Bunga Jerudong.

    Lebih 15 orang ahli Jawatankuasa MPK Jerudong A dan para penduduk kampung berkenaan menyertai dalam kempen yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Jerudong A, Haji Kharul Azmi bin Haji Lakat.

    MPK Jerudong B juga tidak ketinggalan mengadakan kempen serupa di Tanah Perkuburan Islam Pulau Muda Mejawa, Kampung Jerudong B yang turut melibatkan Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN) dan ahli keluarga waris.

    Terdahulu, majlis perasmian wakaf pondok kubur yang dibina hasil sumbangan ikhlas penduduk Kampung Jerudong serta para penderma telah diadakan.

    Awang Misle merasmikan pondok wakaf di Tanah Perkuburan Islam Pulau Muda Mejawa.
    Bacaan tahlil dan Doa Arwah turut diadakan semasa kempen kebersihan di Tanah Perkuburan Sepayau dan Pakuan.
    Antara belia yang terlibat dalam kempen kebersihan di Tanah Perkuburan Islam Anduki. – Gambar serahan Kementerian Hal Ehwal Ugama
    Antara yang terlibat dalam kempen kebersihan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Bunga Jerudong, kelmarin.

    Perasmiannya telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim selaku tetamu kehormat yang kemudiannya turut serta bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang.

    Baru-baru ini, MPK Jerudong juga mengadakan kempen sama di Tanah Perkuburan Islam Bebandai, Kampung Jerudong yang disertai oleh lebih 20 orang penduduk sekitar Kampung Jerudong dengan diketuai oleh Awang Kamis.

    Aktiviti gotong-royong turut diadakan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puchong Panipahan (kawasan Jerudong Park), kelmarin, yang diungkayahkan oleh penduduk Kampung Jerudong amnya daripada MPK Jerudong B, WARISAN dan ahli keluarga waris yang juga diketuai oleh Awang Kamis.

    Sementara itu, hari ini, Jawatankuasa MPK Tanjung Bunut dan Jawatankuasa Takmir Masjid Ar-Rahman mengadakan kempen kebersihan di Tanah Perkuburan Sepayau dan Pakuan.

    Kempen yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Tanjong Bunut, Haji Abdul Rahman bin Haji Jumat itu disertai lebih 20 orang terdiri daripada ahli jawatankuasa MPK dan Takmir Masjid Ar-Rahman serta para penduduk Kampung Tanjong Bunut.

    Sementara itu, Kempen Gotong-royong Membersihkan Tanah Perkuburan Orang Islam bagi Belia dan Beliawanis Masjid sempena Kedatangan Bulan Ramadan 1443H / 2022M diteruskan lagi hari ini di Daerah Belait dan Tutong.

    Di Daerah Belait, Kumpulan Belia Masjid Lorong 3 Selatan Seria mengadakan kempen berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Anduki yang dihadiri oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

    Di Daerah Tutong pula, Kum-pulan Belia Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel Kiudang mengadakan kempen berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Mau, Mukim Kiudang dan dihadiri sama oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Mohd Aidil Sufian bin Mohd Yassin.

    Aktiviti-aktiviti kebersihan berkenaan biasanya disusuli dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah untuk mereka yang telah kembali kerahmatullah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...