Sunday, December 3, 2023
32.1 C
Brunei

    -

    Royal Palace dibuka semula kepada awam 1 Disember

    PHNOM PENH, 18 NOV – Royal Palace, Kemboja, yang merupakan tarikan pelancong terkenal di ibu kota Kemboja, Phnom Penh, akan dibuka semula kepada orang ramai bermula 1 Disember selepas ditutup selama lebih dua tahun disebabkan oleh pandemik COVID.

    “Pelancong dari dalam dan luar negara akan dibenarkan untuk melawat Royal Palace bermula 1 Disember,” kata Menteri Royal Palace, Kong Sam Ol menerusi sepucuk surat yang diterbitkan hari ini.

    Menurut Kementerian Pelancongan, puncak menara bangunan Royal Palace merupakan contoh terbaik seni bina Khmer klasik yang boleh ditemui di Kemboja. Para pelancong dialu-alukan untuk melawat Throne Hall (Preah Tineang Tevea Vinichhay), di mana majlis pertabalan rasmi diadakan, menurut kementerian.

    Antara tempat menarik dalam lingkungan kawasan yang berkeluasan 183,135 meter persegi itu ialah Khemarin Palace atau ‘Istana Raja Khmer’ yang merupakan kediaman rasmi Raja Norodom Sihamoni, menurut kementerian, menambah bahawa Khemarin Palace adalah kawasan yang dilindungi dan tidak dibukakan kepada awam. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...