Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Rozita Che Wan sedia terima menantu

    Memiliki dua anak teruna yang semakin meningkat dewasa, pelakon Rozita Che Wan sudah sedia menerima menantu jika jodoh mereka sudah tiba dalam masa terdekat.

    Bercakap tentang hubungan cinta anak-anaknya, Rozita atau mesra disapa Che Ta memberitahu dia bersikap terbuka dan sentiasa mengambil tahu tentang wanita yang rapat dengan anak-anaknya.

    “Saya sudah sedia terima menantu jika anak-anak mahu berkahwin.

    “Sebagai ibu, saya akan sentiasa ambil tahu tentang hubungan cinta mereka. Contohnya sekarang ini saya tahu anak kedua sudah ada kekasih, selalu juga minta dia tunjukkan gambar, tetapi biarlah dia sendiri yang beritahu apabila bersedia.

    “Manakala anak pertama pula memang ada kekasih. Saya juga selalu berbual dengan kekasihnya di media sosial.

    Che Ta bersama suami dan tiga orang anaknya semasa ditemui ketika majlis berinai yang diadakan sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya sekaligus melancarkan produk baharunya. – Agensi

    “Saya seorang ibu yang memahami. Kalau sayangkan anak biarlah mereka berkawan dengan sesiapa pun yang boleh buat hati gembira,” katanya kepada wartawan.

    Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 26, dan Aniq Azzra, 24, daripada hasil perkahwinan pertama sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin pada Disember 2013.

    Bersama Zain, Che Ta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

    Pelakon Mem dan Bibik Bibik ini ditemui ketika majlis berinai yang diadakan sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya sekali gus melancarkan produk baharunya.

    Sementara itu, ditanya tentang menambah cahaya mata, Che Ta berkata, dia dan suami tiada perancangan ke arah itu.

    “Tak payahlah tambah anak, biarlah kami fokus besarkan anak-anak yang ada ini.

    “Aaisyah pun dah besar dan dia tidak pernah minta adik. Syukur dengan rezeki yang dikurniakan,” ujarnya.

    Mengulas tentang perniagaan tersebut, Che Ta menafikan dakwaan kononnya dia meniru usahawan

    Neelofa yang juga mengeluarkan produk sama.

    “Tak mungkin meniru sebab saya sudah ada stok produk ini sejak Jun lagi dan baru sekarang ini dilancarkan disebabkan kekangan masa sebelum ini.

    “Saya keluarkan produk ini kerana memang suka pakai inai di jari. Lebih senang hendak promosikan barang yang selalu digunakan.

    “Kalau produk ini menjadi tular nanti, sesiapa sahaja boleh mulakan atau majukan lagi perniagaan menjual inai dengan jenama mereka sendiri,” ujarnya.

    Sementara itu bercakap tentang majlis yang diadakan di Damansara baru-baru ini, Che Ta tidak terkejut ia mendapat tajaan penuh bernilai hampir RM100,000 daripada sahabat baiknya yang dikenali sebagai Anas.

    “Saya tahu dia sangat pemurah dan tak terkejut apabila dia katakan mahu mengadakan majlis ini.

    “Perancangan mengadakan majlis ini dibuat dalam tempoh masa singkat dan saya serahkan semuanya kepada Anas,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...