Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Rusia catat hampir 100,000 kes harian

    MOSCOW, 28 JAN – Pihak berkuasa Rusia hari ini melaporkan lebih 98,000 kes baharu COVID-19, tetapi menurut Kremlin, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana varian Omicron yang mudah menjangkit terus menular di seluruh negara.

    Pasukan petugas COVID-19 Rusia hari ini mencatatkan 98,040 jangkitan baharu yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu – satu lagi rekod tertinggi bagi negara itu yang sejak beberapa minggu kebelakangan telah menyaksikan lonjakan penularan terbesar wabak itu.

    Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov hari ini memberitahu pemberita bahawa “jelas sekali jumlah ini lebih tinggi dan mungkin lebih tinggi lagi,” kerana “ramai orang tidak menjalani ujian” dan tidak mempunyai gejala.

    Peskov menyatakan bahawa bila-ngan Rusia adalah “jauh lebih rendah berbanding di negara-negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat (AS), jadi seseorang tidak boleh menolak bahawa ia akan berkembang lebih jauh.”

    Jurucakap Kremlin juga mengakui bahawa ramai kakitangan di pentadbiran presiden telah dijangkiti virus itu.

    “Sebahagian besar terus bekerja dari rumah selepas mengasingkan diri,” kata Peskov. “Ini adalah berpunca daripada jangkitan varian Omicron dan varian tersebut telah menunjukkan ia mudah menjangkiti orang lain.”

    Jangkitan COVID-19 di Rusia mula melonjak hampir tiga minggu lalu, dengan jumlah harian kes baharu meningkat daripada kira-kira 15,000 pada 10 Januari kepada hampir 100,000 hari ini. Pihak berkuasa Rusia, bagaimanapun, telah mengelak daripada mengenakan sebarang sekatan besar untuk membendung lonjakan itu, dengan mengatakan sistem kesihatan mampu menangani jumlah kemasukkan pesakit. – AP

    Rawatan pesakit di sebuah hospital COVID-19. Pihak berkuasa Rusia melaporkan lebih 98,000 kes COVID-19 baharu yang disahkan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...