Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    Sanggup cucuk vaksin 90 kali

    BERLIN, 3 APRIL – Seorang lelaki berusia 60 tahun didakwa mendapatkan vaksinasi COVID puluhan kali di Jerman demi menjual kad vaksinasi palsu menggunakan kelompok nombor vaksin sebenar kepada mereka yang tidak mahu mendapatkan suntikan.

    Lelaki dari timur Jerman di bandar Magdeburg, yang namanya tidak didedahkan sejajar dengan peraturan privasi Jerman, dikatakan telah menerima sehingga 90 suntikan vaksin COVID di pusat vaksinasi di negeri timur Saxony selama berbulan-bulan sehingga polis jenayah menangkapnya awal bulan ini, menurut agensi berita Jerman, dpa hari ini.

    Suspek tidak ditahan tetapi disiasat kerana mengeluarkan kad vaksin yang tidak mendapat kelulusan dan memalsukan dokumen, menurut laporan dpa.

    Dia ditangkap di pusat vaksinasi di Eilenburg, Saxony selepas datang untuk mendapatkan suntikan COVID buat hari kedua berturut-turut. Polis merampas kad vaksinasi kosong daripada suspek dan segera menjalankan prosiding jenayah.

    Ia masih tidak jelas apa kesan menerima vaksin dianggarkan 90 kali, yang mana ia daripada jenama berlainan, ke atas kesihatan lelaki tersebut.

    Polis Jerman menjalankan serbuan berkaitan dengan pemalsuan pasport vaksinasi sejak beberapa bulan kebelakangan. Kebanyakan mereka yang ditahan enggan mendapatkan suntikan di Jerman, tetapi pada masa yang sama ingin memperoleh pasport COVID untuk mendapatkan akses ke tempat awam seperti restoran, teater, kolam renang atau tempat kerja dengan lebih mudah.

    Jerman menyaksikan lonjakan jumlah kes selama beberapa minggu, namun kebanyakan langkah untuk mengawal pandemik berakhir pada Jumaat. Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di pusat membeli-belah dan kebanyakan teater namun masih dimestikan di tempat pengangkutan awam.- AP

    Seorang lelaki sanggup mendapatkan suntikan vaksin COVID berulang kali dan didakwa mengambilnya 90 kali demi menjual kad vaksinasi palsu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...