Tuesday, May 21, 2024
33.2 C
Brunei

    -

    Sanggup kejar Messi demi swafoto

    BEIJING, 12 JUN – Ia mengambil masa berjam-jam menunggu, bilik hotel yang mahal dan adegan mengejar yang meletihkan di Beijing, namun semuanya berbaloi bagi peminat Lionel Messi dari China yang akhirnya mendapat swafoto kabur dengan wiranya.

    Legenda Argentina, Messi berada di ibu negara China untuk perlawanan persahabatan menentang Australia pada hari Khamis depan dan telah disambut oleh ramai peminat bola sepak yang tidak sabar-sabar ingin melihatnya.

    Antaranya ialah Liu Yuhang, seorang pengaturcara komputer berusia 26 tahun dari wilayah timur laut Liaoning yang jatuh cinta dengan pemenang Piala Dunia itu 10 tahun yang lalu.

    “Dia bukan hanya seorang atlet, dia adalah seorang artis,” kata Liu kepada AFP hari ini.

    “Dia memberi saya lebih makna dalam hidup dan menjadi satu bentuk keyakinan bagi saya.”

    Gambar edaran ihsan Liu Yuhang yang diambil pada 11 Jun menunjukkan Liu Yuhang berswafoto ketika Messi dilihat menaiki bas pasukan dalam perjalanan ke sesi latihan, di Beijing. – AFP

    Liu berkata dia berasa ‘sangat teruja’ apabila dia mendapat tahu bahawa Messi membuat lawatan yang jarang berlaku ke China, tetapi tahu bahawa dia berdepan cabaran sukar untuk melihat idolanya secara fizikal.

    Liu mula-mula menyertai kelompok peminat yang menunggu di luar hotel skuad Argentina, tetapi dia tidak dapat melihat Messi dalam perjalanan masuk.

    Tidak berputus asa, Liu membelanjakan lebih 2,000 yuan (AS$280) untuk sebuah bilik mewah di dalam hotel tersebut, tetapi sekali lagi digagalkan oleh kehadiran kawalan keselamatan yang ketat.

    Peluangnya akhirnya datang kelmarin apabila dia melihat bas pasukan itu bergerak dari hotel dalam perjalanan ke sesi latihan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...