Friday, May 10, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Saudi kecam tindakan provokatif koyak Al-Quran

    RIYADH, 26 JAN – Kerajaan Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang pelampau di Belanda yang mengoyak senaskhah Al-Quran sebelum memijaknya dalam satu kejadian berhampiran Parlimen Belanda di The Hague.

    Menurut kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi di akaun Twitter kelmarin, tindakan itu dianggap sebagai provokatif terhadap berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia.

    Perbuatan itu dilakukan oleh Edwin Wagensveld, pemimpin kumpulan pelampau Pegida Belanda pada Ahad lalu.

    Provokasi di Belanda itu menyusul selepas tindakan membakar senaskhah Al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm, ibu negara Sweden baru-baru ini oleh ekstremis anti-Islam Denmark, Rasmus Paludan.

    “Pendirian kerajaan Arab Saudi dan Kementerian Luar tetap utuh dalam menyeru semua ke arah berdialog, bertoleransi sesama insan dan menolak unsur-unsur kebencian dan ekstremisme,” menurut kementerian itu. Pada masa sama, Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh pelampau di negara itu.

    Jabatan itu dalam kenyataannya kelmarin turut menolak secara mutlak sebarang perkara dan cubaan yang memudaratkan kesucian Islam dan syariatnya.

    “Tingkah laku seperti ini telah menyinggung perasaan umat Islam selain memburukkan konsep kebebasan dan nilai kemanusiaan. Dan kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan secara sengaja terhadap Al-Quran,” menurut jabatan itu.

    Jabatan itu juga menegaskan betapa pentingnya nilai dialog, toleransi dan kewujudan bersama dan tindakan sebegini hanya akan meningkatkan keimanan umat Islam kepada Allah dan kitab suci Al-Quran. – Bernama

    Wanita-wanita di Istanbul melaungkan slogan semasa bantahan terhadap tindakan mengoyak Al-Quran di Belanda.- AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kru kabin dipecat ambil cuti sakit beramai-ramai

    NEW DELHI, 9 MEI - Air India Express memecat sekurang-kurangnya 30 pekerja, kebanyakannya krew kabin kerana mengambil cuti sakit beramai-ramai yang mengakibatkan pembatalan penerbangan,...