Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    ‘Saya tiada masalah akui kelemahan diri’

    Masih basah dalam ingatan penonton keampuhan vokal Siti Nordiana, 38, ketika diangkat sebagai juara program realiti, Gegar Vaganza musim kedua (GV2), tujuh tahun lalu.

    Vokal nyaring dan kemampuannya membawakan lagu bernada tinggi berjaya meletakkan nama Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan penyanyi hebat lain.

    Namun, ramai mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti vokal penyanyi lagu Hatiku Milikmu yang dikatakan semakin merudum sejak akhir-akhir ini.

    Komen negatif disuarakan warganet selepas mendakwa nyanyian Nana dalam beberapa persembahan besar tidak mencapai kualiti diharapkan.

    Enggan terlalu memikirkannya, pemilik nama lengkap Siti Nordiana Alias itu berkata, dia menerima kritikan dengan hati terbuka kerana bukanlah seorang penyanyi sempurna.

    “Seorang penyanyi bukanlah mesin apabila ditekan suis boleh berfungsi dengan baik. Ada masanya, tidak cukup rehat atau kurang sihat.

    “Seperti saya, tiga kali dijangkiti pandemik COVID memberi kesan kepada pernafasan. Tak dinafikan, ada beberapa persembahan dijayakan terdapat kekurangan. Ada masanya saya terlalu penat. Namun, itu bukan alasan untuk saya tampil dengan persembahan ala kadar,” katanya kepada wartawan.

    Walaupun mungkin kritikan diterima berbaur cemuhan, namun Nana tidak berkecil hati dan memandangkan dari sudut positif.

    Mengulas gelaran sebagai penyanyi kampung diberikan kepadanya, penyanyi yang meledak menerusi lagu Cinta Hanya Sandaran itu berkata, dia tidak pernah malu dengan apa sahaja gelaran diberikan. – Agensi

    Enggan terlalu memikirkannya, Nana berkata, dia menerima kritikan dengan hati terbuka kerana bukanlah seorang penyanyi sempurna. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...