Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Segera dapatkan suntikan dos penggalak

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Orang ramai yang telah layak untuk mendapatkan dos ketiga vaksin COVID tetapi belum memutuskan untuk mendapatkannya adalah diseru sekali lagi segera datang ke pusat-pusat vaksinasi bagi mendapatkan dos ketiga.

    Seruan itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar (gambar) semasa sidang media yang diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Hasil pemantauan berterusan Kementerian Kesihatan dan penelitian terhadap kes-kes teruk dan kes-kes kematian disebabkan oleh COVID di Negara Brunei Darussalam semasa gelombang ketiga ini mendapati bahawa dua dos vaksin boleh memberikan perlindungan sehingga 95 peratus terhadap kesan teruk jangkitan COVID namun dos ketiga berkemampuan untuk meningkatkan dan menambah perlindungan tersebut sehingga lima kali ganda,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Oleh itu, tegas beliau, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik adalah sangat digalakkan untuk mendapatkan dos ketiga itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...