Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Seoul: Korea Utara lancar lagi tembakan peluru berpandu

    SEOUL, 9 NOV – Korea Utara melepaskan tembakan peluru berpandu balistik hari ini, menurut tentera Seoul, pelancaran terbaru dari Pyongyang susulan ujian pecah rekod awal bulan ini.

    Pelancaran itu dibuat ketika Amerika Syarikat (AS) mengira undi pilihan raya pertengahan penggal untuk Kongres di mana sebelum ini agensi perisik Seoul sudah memberi amaran Kim Jong-un akan melakukan ujian nuklear yang sudah lama dirancang.

    Tentera Seoul berkata ia telah ‘mengesan peluru berpandu balistik jarak dekat yang dilancarkan oleh Korea Utara ke Laut Timur dari Sukchon, Wilayah Pyongan Selatan, sekitar jam 3:31 petang,” sekitar kawasan yang juga dikenali sebagai Laut Jepun.

    “Mengukuhkan pengawasan dan kewaspadaan, tentera Korea Selatan mengekalkan kesiapsiagaan penuh sambil bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat,” tambahnya.

    “Jarak penerbangan peluru berpandu itu dikesan kira-kira 290km, berketinggian kira-kira 30km dengan kelajuan seperti Mach 6,” menurut tentera Seoul. Jepun juga mengesahkan pelancaran itu dengan kerajaan menyatakan dalam Twitter yang Pyongyang ‘telah melancarkan peluru berpandu balistik yang disyaki’. – AFP

    Serpihan peluru berpandu yang Kementerian Pertahanan Korea Selatan kenal pasti sebagai peluru berpandu SA-5 Korea Utara yang dipamerkan di kementerian itu pada 9 November. Korea Selatan menyatakan serpihan itu ditemui semasa tembakan bertubi-tubi peluru berpandu Korea Utara minggu lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...