Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Sepanyol batalkan pemakaian pelitup muka

    MADRID, 4 FEB – Sepanyol akan menamatkan penggunaan pelitup muka di luar rumah pada 8 Februari, kata seorang menteri hari ini, justeru menamatkan langkah yang dikenakan semula pada akhir Disember untuk menangani peningkatan dalam kes Omicron.

    Langkah itu akan diluluskan pada mesyuarat kabinet pada Selasa, beritahu Menteri Kesihatan Carolina Darias kepada radio Cadena Ser.

    Sepanyol pertama mengenakan pemakaian pelitup muka di luar rumah pada Mei 2020, namun membatalkannya pada Jun tahun lalu, walaupun memakai pelitup muka masih diwajibkan untuk ruang awam di dalam bangunan.

    “Untuk beberapa minggu kebelakangan ini, kami telah melihat bahawa petunjuk semakin bertambah baik hari demi hari,” kata Darias, merujuk kepada kadar jangkitan dan bebanan ke atas hospital.

    Sejak beberapa minggu lalu, banyak rantau Sepanyol telah bertindak membatalkan sekatan yang diperketat ketika berdepan Omicron, dengan barat laut rantau Catalonia menggugurkan syarat yang dianggap tidak berkesan dalam menunjukkan pasport COVID-19 apabila memasuki restoran dan gim.

    Rantau itu juga menggugurkan perintah berkurung waktu malam serta sekatan kapasiti restoran, dan akan membuka semula tempat hiburan pada 11 Februari.

    Meskipun jumlah vaksinasi yang tinggi di Sepanyol, kes COVID-19 meledak di Sepanyol pada cuti Krismas, menjadikannya salah satu kadar jangkitan tertinggi di Eropah, walaupun kadar tersebut telah berkurangan sekarang.

    Setakat ini, Sepanyol telah mencatat kira-kira 10.2 juta kes virus dan 94,000 kematian. – AFP

    Gambar fail seorang lelaki dan wanita memakai pelitup muka FFP2 bagi mengekang penularan COVID-19 di hadapan mural Santa Claus di Madrid, Sepanyol. Sepanyol memutuskan membatalkan mandat memakai pelitup muka di luar rumah minggu depan. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...