Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sergio Ramos ingin beraksi lebih lama sebelum bersara

    PARIS, 12 APRIL – Pemain pertahanan veteran Sepanyol dari Paris Saint-Germain (PSG) ingin beraksi untuk empat atau lima tahun lagi dalam perlawanan bola sepak peringkat tertinggi sebelum bersara, menurut temu bual yang diberikannya kepada Prime Video.

    Ramos yang berusia 36 tahun telah menyertai PSG pada Julai selepas memenangi Liga Juara-Juara empat kali bersama Real Madrid, Piala Dunia 2010 dan dua Kejohanan Europa bersama Sepanyol.

    “Saya ingin bermain antara empat dan lima tahun di perlawanan peringkat tertinggi sebelum beralih kepada pengalaman baharu,” kata Ramos kepada penyiar Ligue 1 tersebut.

    “Saya telah menandatangani selama dua tahun di PSG dan kami akan cuba untuk membuatnya menjadi tiga tahun, sekali lagi dan kemudian kita akan lihat.

    “Selagi saya boleh bertahan secara fizikal, saya percaya saya boleh kekal fokus dalam perlawanan,” katanya.

    Sejak ketibaannya di Ligue 1, dia bergelut dengan masalah betis yang menyebabkan dia terlepas lima bulan pertama dalam musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...