Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sharul Kamal kahwin PR syarikat rakaman

    Dalam diam, rupa-rupanya penyanyi, Sharul Kamal sudah bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Raihan Amilin kelmarin.

    Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Sharul berkata dia sudah lama memendam perasaan terhadap isterinya yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di syarikat rakaman Rusa Music Sdh Bhd.

    Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman berkata dia akhirnya beranikan diri menghubungi Raihan Amilin selepas bertemu di program Immortal Song pada Oktober 2020.

    “Saya tidak pasti bila kami mula bercinta tapi kami sudah berkenalan sejak 2012 di sebuah acara hiburan. Tapi waktu itu, sekadar tegur sahaja.

    “Ikutkan saya memang dah lama pendam perasaan suka pada dia. Lama juga saya perhatikan dia. Tapi tidak berani luahkan perasaan.

    Sharul Kamal sudah bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Raihan Amilin kelmarin. – Agensi

    “Tapi saya beranikan diri untuk ajak dia keluar, selepas bertemu dengan dia di program Immortal Song. Ketika itu, dia bawa Floor 88,” kata Sharul kepada wartawan.

    Sharul sah menjadi suami kepada Raihan Amilin atau mesra disapa sebagai Amy dengan sekali lafaz kelmarin di Masjid Kota Raja, Klang.

    Pasangan itu dinikahkan oleh bapa kandung pengantin perempuan, Mohd Roszaimi dengan bersaksikan jurunikah serta dua orang saksi.

    Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia 2015 ini memberitahu keluarganya sudah menghantar rombongan merisik pada 27 April 2021.

    Manakala pada 3 Disember tahun lalu, Sharul mengikat tali pertunangan dengan Amy dalam sebuah majlis tertutup. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...