Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Sabalenka menang Adelaide International

    ADELAIDE, 8 JAN – Aryna Sabalenka hari ini memberi amaran Terbuka Australia dengan memenangi gelaran pertamanya sejak 2021 di Adelaide International, menewaskan pemain remaja Czech yang semakin meningkat, Linda Noskova 6-3, 7-6 (7/4).

    Pemain nombor lima dunia itu menamatkan kemarau tiga kekalahan berturut-turut dalam perlawanan akhir WTA dengan kemenangan yang mengambil masa satu jam 43 minit dalam cuaca panas terik 36 Celsius di Memorial Drive.

    Pemain Belarus itu melakukan kesilapan dua kali pada set pertama daripada tiga mata penamat tetapi memenangi servis pada set kedua.

    Pilihan kedua Sabalenka, pemenang 10 gelaran, menambah satu lagi kejuaraan dalam jumlah kerjayanya apabila dia memanfaatkan pengalamannya dengan baik, menamatkan minggu tanpa kekalahan satu set.

    Kali terakhir dia menjulang trofi di Madrid Masters pada Mei 2021.

    Aryna Sabalenka mencium trofinya selepas dia mengalahkan Linda Noskova dalam perlawanan akhir wanita di kejohanan tenis Adelaide International, Australia. – AP

    “Tahniah kepada wanita muda ini (Noskova) pada minggu yang menakjubkan,” kata Sabalenka pada majlis meraikan kemenangan itu.

    “Saya fikir awda mempunyai masa depan yang menakjubkan. Sudah 100 peratus pasti kami akan mempunyai lebih banyak perlawanan akhir bersama-sama.

    “Terima kasih kepada pasukan saya kerana berada di sini hari ini, atas segala-galanya,” tambahnya.

    “Ia adalah minggu yang menakjubkan dan saya menikmati setiap saat.”

    Noskova, pemain rangking ke-102 dunia dan juara remaja Roland Garros 2021, akan naik ke tangga 50 teratas dalam kempen final, dengan menewaskan pemain nombor dua dunia, Ons Jabeur dan pemain veteran Victoria Azarenka.

    Pada usia 18 tahun, dia merupakan finalis termuda pada acara WTA 500 sejak Caroline Wozniacki di New Haven pada 2007.

    Kemenangan itu menandakan permulaan yang cemerlang tahun baharu 2023 bagi Sabalenka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...