Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Shirley Spork meninggal dunia

    PANTAI DAYTONA, FLORIDA, 13 APRIL – Shirley Spork, salah seorang daripada 13 pengasas Jelajah LPGA yang mengetahui dua minggu lalu bahawa dia akan dilantik ke dalam Hall of Fame LPGA, telah meninggal dunia kelmarin pada usia 94 tahun, menurut LPGA.

    LPGA berkata dia meninggal dunia di Palm Springs, California, tempat tinggalnya dan mengajar pada usia 90-an.

    Walaupun dia tidak pernah menang dalam Jelajah LPGA, kedudukan terbaiknya ialah naib juara dalam Kejohanan LPGA di Stardust Country Club di Las Vegas.

    Impak Spork menjangkau tujuh dekad dalam memulakan jelajah dan mengajar mengenai sukan tersebut.

    Dia adalah individu utama bagi penciptaan Bahagian Pro Pengajaran dan Kelab LPGA, yang bermula dengan enam ahli dan kini mempunyai lebih daripada 1,700 ahli profesional wanita.

    Hall of Fame LPGA adalah antara yang paling ketat dalam sukan, memerlukan 27 mata terakru melalui kemenangan, kejohanan utama dan anugerah tertinggi. Jelajah tersebut telah membuat undian untuk memasukkan Lorena Ochoa, yang belum mencapai tempoh minimum iaitu 10 tahun dalam jelajah; dan semua pengasas yang tidak masuk melalui prestasi perlawanan mereka di padang golf.

    “Masuk ke Hall of Fame LPGA adalah satu penghormatan tertinggi yang pernah ada dalam profesion kami, jadi saya telah menaiki seluruh tangga dan sampai ke kedudukan teratas,” kata Spork. “Saya harap saya boleh duduk di kedudukan atas tersebut untuk beberapa tahun lagi dan menikmatinya.”

    Seorang penduduk di Palm Desert, California, Spork muncul dengan kerap untuk kejohanan utama pertama tahun ini di Mission Hills, Dia juga menghadiri Piala Founders, sering menyapa pemain dengan berjabat tangan.

    Kematiannya menjadikan Marlene Hagge satu-satunya pengasas LPGA yang masih hidup. – AP

    Shirley Spork meninggal dunia pada usia 94 tahun di kediamannya di Palm Desert, California, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...