Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sissy Imann pandai elak gosip besar

    Jarang terkait dengan gosip-gosip besar, mungkin itu boleh disifatkan terhadap pelayaran kerjaya penyanyi Sissy Imann sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan Malaysia.

    Bercakap hal tersebut, Sissy akui menjalani kehidupan hariannya seperti biasa dan tidaklah terlalu mengawal untuk berkawan dengan sesiapa. Namun bintang Big Stage musim pertama itu mengatakan, dia dikelilingi oleh insan-insan yang positif.

    “Sebenarnya saya lalui hari saya seperti biasa sahaja, ada juga saya lepak bersama kawan-kawan di luar sana.

    “Alhamdulillah mereka yang rapat di sekeliling saya semuanya positif belaka, saya sendiri serasi dan keluarga pun kenal mereka.

    “Saya bukanlah terlalu menjaga nak kawan dengan sesiapa, kawan-kawan saya terdiri daripada yang turut berkecimpung dalam industri dan ada juga di luar industri hiburan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Sissy akui menjalani kehidupan hariannya seperti biasa dan tidaklah terlalu mengawal untuk berkawan dengan sesiapa. – Agensi

    Pun begitu, Sissy yang juga aktif dalam pengacaraan akui pernah mendengar pihak tertentu bercakap kurang baik tentang dirinya, namun dia memilih untuk mengetepikan perkara negatif dan hanya bersangka baik.

    “Pernah juga tapi orang itu bukanlah yang rapat dengan saya. Sampai ke teliga saya tapi saya lebih selesa untuk tidak memikirkan hal-hal begitu, mungkin individu tersebut mempunyai maksud lain, tapi yang sampai ke telinga kita jadi lain, eloklah jika kita positif sahaja.

    “Di media sosial pun ada, saya terima mesej-mesej yang kadang-kadang mengkritik saya mahupun ayah saya, tapi saya tak ambil pusing pun,” katanya lagi.

    Dalam perkembangan lain, Sissy akan muncul mengacarakan program nyanyian terbitan TVS, Getaran Jiwa bersama Jiggy Masin mulai 21 Oktober ini.

    Menampilkan 40 peserta, program tersebut akan bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, di saluran Astro dan MYTV. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...