Tuesday, May 21, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Siti Nurhaliza hanya beli sehelai baju baharu

    Sejak bergelar ibu, fokus penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut Aidilfitri adalah persiapan dua orang anaknya berbanding diri sendiri.

    Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata dia hanya menyediakan sehelai baju raya buat diri sendiri untuk dipakai pada satu Syawal dan selebihnya mengenakan pakaian lama yang masih elok.

    Kata Siti, seperti kebiasaan suami tersayang iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan memilih tema mereka sekeluarga.

    “Apabila sudah ada dua anak fokus saya memang kepada mereka. Saya pula sebagai ibu, okay sahaja ada satu dua helai baju jadilah.

    “Mana baju lama boleh pakai, saya pakai tapi raya pertama kenalah baju baharu.

    “Insya-Allah pagi raya warna kelabu dengan biru nila yang dipilih suami. Saya memang tak ikut trend warna tapi ikut apa suami saya tentukan,” katanya kepada mStar.

    Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui di Cuckoo X Riuh Sama-Sama Raya di Sentul Depot, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Siti berkongsi juadah wajib untuk raya tahun ini adalah ketupat
    daun palas yang dipesan khas oleh ibu mentuanya, Siti Zainab Hanafi khas dari Kedah. – Agensi

    Siti dan keluarga bersederhana di musim perayaan kali ini. – grid.id
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...