Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    SOBD terima sumbangan 40 biji bola

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Sebagai usaha untuk menyokong hak kelainan upaya dan penyertaan sosial dan perkembangan sukan dalam kalangan atlet kelainan upaya, Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD) menerima sumbangan 40 biji bola daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam.

    Sumbangan bola sepak berkenaan telah diserahkan ketika acara Pesta Ria Inklusif bersempena Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) 2022 yang berlangsung semasa Program Bandarku Ceria di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, hari ini.

    Pada majlis itu, sumbangan bola sepak telah disampaikan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn McClelland dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Catherine Pochkhanavala-Cleeve kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Pengerusi SOBD, Leftenan Kolonel (B) Pengiran Haji Rambli bin Pengiran Haji Bunut.

    PYT Caryn McClelland berkata bahawa pada HAOKU dan dalam semangat Piala Dunia FIFA, kedutaannya berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi British untuk mengesahkan lagi komitmen mereka untuk melindung hak mereka yang kelainan upaya.

    Beliau berkata bahawa AS berusaha untuk menjadi model bagi kepelbagaian, kesaksamaan, inklusif dan akses untuk mencerminkan salah satu nilai asas mereka sebagai sebuah negara iaitu semua orang dilayan dengan penuh maruah dan hormat.

    “Kami mempromosi dan melindung hak golongan kelainan upaya serta berusaha untuk memastikan kemasukan penuh mereka atas dasar sama rata dengan orang lain,” ujarnya.

    Sementara itu, Catherin Pochkhanavala-Cleeve turut menyatakan perasaan gembira kerana dapat bekerjasama dengan rakan dari Kedutaan AS untuk menyumbangkan bola sepak berkenaan kepada SOBD pada hari yang penting itu.

    Beliau berkata bahawa 3 Disember menandakan HAOKU dan ia merupakan hari untuk menyebarkan kesedaran dan kefahaman mengenai pengalaman golongan kelainan upaya serta bagi mengenali dan menghargai kepelbagaian komuniti global dan peranan yang kita semua mainkan.

    PYT Caryn McClelland dan Catherine Pochkhanavala-Cleeve menyerahkan sumbangan bola sepak kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi yang kemudian menyerahkannya kepada Leftenan Kolonel (B) Pengiran Haji Rambli semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...