Wednesday, May 1, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran HIV, AIDS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Sebagai tanda sokongan yang berterusan kepada Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam (BDAC) dalam menyebarkan maklumat kesihatan dan kempen yang berkaitan dengan HIV dan AIDS, Kementerian Kesihatan telah menyerahkan Pusat Operasi BDAC kepada BDAC pada majlis perasmian yang berlangsung di Pusat Promosi Kesihatan, kelmarin.

    Hadir untuk merasmikan pusat operasi berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui selaku wakil peribadi Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan.

    Dalam kata alu-aluannya, Yang Dipertua BDAC, Awang Iswandy bin Ahmad mengongsi mengenai usaha yang dibuat oleh majlis tersebut untuk menggalakkan ujian HIV pada 2020 hingga 2022. Beliau menerangkan bahawa sukarelawan BDAC telah menjalankan ujian HIV secara sulit yang cuma memerlukan nama dan telefon bagi mereka yang tampil menjalani ujian.

    “Sembilan sesi telah dijalankan, di mana 180 orang tampil dan telah mendapati lima kes jangkitan baharu. Adalah diharap usaha ini, dapat lagi meyakinkan orang ramai bahawa ujian HIV adalah mudah dan perlu bagi memastikan akses dan perkhidmatan kesihatan diberikan kepada mana-mana mereka yang dijangkiti HIV,” ujarnya.

    Terdahulu dalam kata alu-aluannya lagi, Awang Iswandy menyatakan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan atas sokongan berterusan kepada usaha persatuan yang ditubuhkan 20 tahun lalu itu.

    Bagi ahli-ahli lama, jelasnya, mereka masih ingat kepada stigma dan maklumat kurang tepat yang pada masa itu memang mencabar seperti mesej tidak benar bagaimana HIV merebak sehingga orang yang dijangkiti HIV disisihkan oleh masyarakat termasuk keluarga mereka sendiri.

    Bergerak ke hadapan pada 2022, tambahnya, keadaan adalah lebih baik di mana kesedaran mengenai HIV dan AIDS meningkat dengan program kesedaran seperti HIV Awareness Programme for Peers & Youth (HAPPY) akan mencapai usianya 15 tahun mendidik penuntut dan belia.

    Beliau juga menyatakan bahawa bagi mendukung tema daripada UNAIDS, menyamakan atau equalise adalah slogan untuk kita mengambil tindakan yang praktikal dalam membasmi AIDS.

    Dr Ang Swee Hui menyempurnakan perasmian semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...