Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sokong cadangan meriahkan BSB waktu malam

    Saya ada terbaca satu pendapat pembaca bertajuk Cadangan memeriahkan Lagi Ibu Kota oleh Rindu BSB dulu yang disiarkan dalam Media Permata bertarikh 13 Julai lalu.

    Alhamdulillah dan terima kasih kepada penulis menyuarakan beberapa pandangan mengenai memeriahkan lagi ibu kota dengan menyelenggarakan kebersihan ibu kota terutama di kawasan lorong-lorong bangunan. Memang saya tidak nafikan sesetengah kawasan dibiarkan kotor oleh beberapa pekedai dan kawasan-kawasan jalan juga perlu diperbaiki daripada dibiarkan berlubang yang menakung air sehingga mengeluarkan bau yang kurang enak.

    Di samping itu juga, ada benarnya kata penulis agar memberikan peluang kepada para peniaga tempatan khususnya para belia dan peniaga kecil untuk mengisi ruang kekosongan kedai-kedai yang tidak disewa. Satu perkara lagi yang ingin saya sentuh mengenai suasana bandar suram di waktu malam, pihak relevan perlu memikirkan perkara ini bagi memeriahkan bandar dan menjadi destinasi tujuan orang ramai seperti dahulu kala.

    Saya masih ingat waktu remaja, di bandar terdapat gerai malam sama seperti pasar malam Gadong lama dan pusat komersial tumpuan peniaga-peniaga kecil.

    Warga Kg Ayer

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...