Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pemain Kelantan FC diingat jangan selesa

    KOTA BHARU, 19 JULAI – Ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya tidak mahu pemainnya mendabik dada apabila kembali merampas takhta Liga Premier daripada Terenggan FC II selepas pasukan itu menewaskan UiTM FC pada aksi liga di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

    Rezal Zambery berkata, terlalu awal untuk pemain bimbi-ngannya berada dalam keadaan selesa kerana masih ada baki perlawanan liga untuk ditempuhi.

    “Pemain tidak boleh leka dengan kedudukan ini, kami perlu meningkatkan permainan kerana selepas ini pemain akan bertemu dengan pasukan yang lebih berkualiti,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini kelmarin.

    Pada perlawanan itu, Kelantan FC menang tipis 1-0 ke atas UiTM hasil jaringan pemain gantian, Syed Sobri Syed Mohd pada minit ke-76.

    Kelantan FC mendahului carta Liga Premier dengan mengumpul 25 mata diikuti Terengganu FC II dengan 23 mata dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dengan 21 mata di kedudukan ketiga.

    Pada masa sama, jurulatih kelahiran Batu Pahat, Johor itu mahu pemainnya mengekalkan momentum kemenangan pada perlawanan seterusnya.

    Sementara itu, ketua jurulatih UiTM FC, Ismail Ibrahim berkata, biarpun tewas, beliau bangga dengan prestasi pemainnya kerana beraksi tanpa khidmat pemain import musim ini.

    “Perlawanan petang ini seimbang walaupun tanpa pemain asing (import) UiTM FC memberi tentangan sengit sehingga menyukarkan Kelantan FC menjaringkan gol dan hanya memperoleh jaringan kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...