Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Songdai Beraya Bersama Mualaf di Tutong

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Dalam memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri bersama para mualaf, Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dengan kerjasama Syarikat Sha-Zan Marine Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Songdai Beraya Bersama Mualaf, kelmarin.

    Majlis yang diadakan di kediaman Awang Mohammad Sahaidi bin Abdullah dan Awang Normi bin Mohammad Sahaidi di Kampung Tanjong Panjang, Daerah Tutong itu dihadiri oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Ketua Kampung Sengkarai, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

    Turut hadir ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh; Penolong Pengarah, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman; Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Haji Azman bin Haji Musa; wakil Pejabat Ukur Cawangan Daerah Tutong, Awang Johan bin Haji Zinin; serta ahli-ahli rombongan dari PDI dan Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong.

    Majlis yang merupakan majlis beramah mesra bersama mualaf dengan mengunjungi ke rumah-rumah mualaf bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama itu juga menyaksikan penyampaian sumbangan barang asasi yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz.

    Sumbangan barang asasi berkenaan diserahkan kepada dua buah keluarga mualaf dan kemudiannya penyerahan Replika Penanda Arah Kiblat disempurnakan oleh wakil Pejabat Ukur Cawangan Daerah Tutong.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz menyampaikan sumbangan kepada penerima. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz dan Haji Abdul Rajid bergambar ramai bersama antara yang hadir. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...