Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Soo Wincci komited untuk tabur bakti

    Umum mengetahui selebriti Dr Soo Wincci sedang melanjutkan pengajian Falsafah Kedoktoran dalam bidang Artistik Produksi di University of Polytechnic, Sepanyol.

    Bahkan sejak April lalu penyanyi, pengacara dan pelakon ini turut bergelar Profesor Madya di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam jurusan produksi muzik dan perniagaan.

    Sekali gus figura ini melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records menjadi Ratu Cantik Malaysia pertama mendapat gelaran tersebut. Jelas Soo Wincci, meskipun berulang-alik jauh, antara Malaysia dan Sepanyol, hal itu bukanlah satu penghalang untuknya menabur bakti buat generasi masa depan.

    “Saya tak akan tinggalkan Malaysia. Dari dulu lagi saya cakap, saya akan berkhidmat untuk industri Malaysia.

    “Saya mengharapkan agar generasi hari ini semuanya akan dapat menjadi lebih berdikari dan berinovasi,” katanya penuh patriotisme.

    Jelas Soo Wincci, meskipun berulang-alik jauh, antara Malaysia dan Sepanyol, hal itu bukanlah satu penghalang untuknya menabur bakti buat generasi masa depan. – Agensi

    Bintang ini merekodkan dua pencapaian dalam Malaysia Book of Records selepas menggenggam lima akademik iaitu Degrees Achieved By A Beauty Queen and Most Academic Degrees Achieved By A Recording Artist.

    Antara akademik Soo Wincci adalah Ijazah Sarjana Muda Perundangan (University of Reading, United Kingdom), Ijazah Sarjana Produksi Muzik, Inovasi dan Teknologi (Berklee College of Music), Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast) dan Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan (Open University Malaysia).

    Tambah Soo Wincci, melihat keadaan Malaysia dalam peralihan endemik membuatkan dia terpanggil untuk memimpin anak-anak muda yang dahagakan ilmu dalam bidang berkenaan.

    “Saya akan tolong industri apatah lagi selepas pandemik ini. Kita semua perlukan satu sama lain untuk pacu masa depan negara.

    “Walaupun saya belajar di luar negara, apa sahaja untuk Malaysia saya kena teruskan.

    “Sekarang ini saya cukup sibuk dengan pelbagai komitmen sampai turun padang dengan siswa. Kesian pelajar, selepas melalui fasa pengajian dan pembelajaran secara dalam talian,” katanya.

    Dalam perkongsian bersama pihak media, Soo Wincci turut memberitahu dia bersama fakulti berkenaan berjaya mengadakan Konsert Muzikas di Publika, awal Julai lalu dan tiket laris dalam masa tiga hari sahaja.

    Tatkala bergelut dengan komitmen sebagai seorang pemuzik, pelajar dan pensyarah, Soo Wincci menanggung kesedihan apabila neneknya meninggal dunia pada hari konsert kemunculan semulanya diadakan akibat penyakit strok baru-baru ini. Ujarnya biar apapun berlaku, kehidupan perlu diteruskan.

    “Saya lega bila ketika hayat nenek, sempat meluangkan masa bersama.” – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...