Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    SOP ART lancarkan Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Atas nasihat Kementerian Kesihatan, beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi sepanjang Upacara Perhimpunan Agung sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 tahun.

    Antara SOP bagi kelancaran itu adalah ujian pantas antigen (ART) untuk para peserta dan orang ramai di mana stesen-stesen ART atau checkpoint disediakan di lokasi-lokasi strategik bagi membuat ujian.

    Antara kawasan-kawasan tersebut ialah di kawasan letak kereta Jalan Elizabeth II, depan Bangunan SUK Lama, penghujung Jalan Pemancha, Gerbang Perpuspaan, kawasan letak kereta Kaizen, kawasan Lapau, kawasan letak kereta Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan kawasan letak kereta Surau Haji Abas.

    Tinjauan Media Permata di stesen-stesen berkenaan menyaksikan para peserta kebanyakannya telah membuat ujian ART dari rumah atau dari pejabat masing-masing, manakala orang ramai dan warganegara asing yang ingin menyaksikan upacara kemuncak perbarisan Hari Kebangsaan juga terlebih dahulu membuat ujian ART.

    Semua jemputan, peserta, petugas dan orang ramai yang hadir didapati juga sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi dan tiga dos vaksinasi dengan kod BruHealth berwarna Hijau.

    Setelah membuat pemeriksaan ujian ART, para petugas, peserta dan orang ramai diberikan pelekat khas menandakan mereka telah membuat ujian ART di stesen-stesen sebelum memasuki kawasan upacara berlangsung.

    Orang awam membuat ujian ART di salah sebuah stesen. Stesen ART atau checkpoint disediakan di lokasi-lokasi strategik di ibu negara bagi orang ramai membuat ujian ART sebelum memasuki kawasan upacara berlangsung.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...