Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Spectrum 2022: INFINITE kini dilancarkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Seramai 53 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) di bawah program Design and Creative Industries (DCI) menampilkan hasil karya kreatif mereka dalam pameran tamat pengajian, Spectrum 2022: INFINITE yang dilancarkan di Dewan Canselor, UBD, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan melancarkan pameran tersebut ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle. Setelah majlis pelancaran berlangsung, tetamu kehormat dan para tetamu jemputan yang hadir telah dibawa melawat ke pameran tersebut.

    Seperti kumpulan Spectrum sebelumnya, pameran kali ini turut meneroka tema tertentu yang mana pada tahun ini mengetengahkan tema Exploring the Unbounded Depth of Creativity dan merangkumi pelbagai karya kreatif dan aktiviti yang telah disertai oleh para mahasiswa menjelang pameran berkenaan. Karya-karya yang dipamerkan merangkumi seni halus, seni dan rekaan digital, karya tiga dimensi, produksi media hingga penerbitan, rekaan produk, seni bina konsep dan rekaan dalaman serta reka bentuk fesyen.

    Pameran Spectrum memberi peluang untuk mempamerkan kemahiran individu dan kolektif yang dikumpulkan dalam tempoh empat tahun pengalaman pembelajaran di UBD dan berfungsi sebagai satu cara untuk pelajar mengekspresikan diri mereka melalui disiplin kerja pilihan mereka. Acara berkenaan juga bertindak sebagai peluang kepada pelajar untuk mempamerkan bakat mereka, meningkatkan peluang kebolehpasaran bagi meluaskan peluang kerjaya dalam industri kreatif selepas tamat pengajian, di mana melalui Spectrum 2022: INFINITE memberikan platform kepada para pelajar untuk mencapai potensi kreatif mereka sepenuhnya.

    UBD Spectrum 2022: INFINITE turut menghargai sumbangan berupa tajaan yang diberikan oleh Datastream Digital Sdn Bhd (DST) dan sokongan padu terhadap mahasiswa dan mahasiswi yang mana secara tidak langsung akan menggalakkan lagi pertumbuhan industri kreatif di negara ini. Sementara itu, sebagai tambahan kepada pameran berkenaan, Gallery Talk turut diadakan pada setiap Isnin dan Khamis selama sebulan bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari. 

    Setiap Gallery Talk akan menampilkan enam hingga tujuh pelajar yang akan berkongsi amalan kreatif dan artistik mereka dan proses di sebalik mencipta karya yang dipamerkan.

    Pameran tersebut akan dibukakan kepada orang ramai bermula hari ini hingga 23 Jun di Right Wing, Dewan Canselor, UBD.

    Dr Hazri hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pelancaran tersebut.
    Antara karya yang dipamerkan di Spectrum 2022: INFINITE yang dilancarkan di Dewan Canselor UBD, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...