Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Starlink rancang kembang operasi di Malaysia

    LOS ANGELES, 20 MEI – Starlink, penyedia Internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan pendaman rendah yang dikendalikan oleh syarikat aeroangkasa milik Elon Musk, SpaceX, merancang untuk mengembangkan operasinya di Malaysia dalam usaha meningkatkan kadar penembusan Internet di negara ini, terutama bagi kawasan luar bandar.

    Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata bagaimanapun setakat ini, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan kerajaan (berkaitan dasar) mengenai cadangan Starlink untuk memperkenalkan kemudahan Internet melalui satelit.

    “Setakat ini, kerajaan telah memperhalusi beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Starlink.

    “Wakil-wakil Starlink akan berada di Malaysia pada minggu hadapan untuk memperhalusi cadangan-cadangan ini, dan kita harap ini dapat dimuktamatkan dalam masa yang terdekat kerana mereka sudah bersedia datang ke Malaysia, membawa teknologi-teknologi baharu ini bagi kepentingan ekonomi negara,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita Bernama dan TV3 selepas bertemu wakil SpaceX dan Starlink di ibu pejabat SpaceX di sini, pada Rabu.

    Mohamed Azmin berkata pada masa ini, Malaysia telah mempunyai syarikat tempatan yang berpangkalan di Johor yang merupakan pengeluar utama komponen penting untuk satelit yang dibangunkan oleh Starlink.

    “Hasrat mereka (SpaceX dan Starlink) adalah melihat rantaian bekalan ini dapat dikembangkan dalam kalangan syarikat tempatan, kerana dengan wujudnya pelaburan baharu ini, pastinya mereka memerlukan sokongan rantaian bekalan yang lebih luas.

    “Ini akan memberi peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk terlibat dalam teknologi angkasa, tidak lama lagi,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) bergambar bersama Pengarah Jualan Komersial SpaceX Andrew Matlock selepas mengadakan mesyuarat dengan SpaceX pada Rabu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...