Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Steffen digugur Piala Dunia

    NEW YORK, 10 NOV – Penjaga gawang Manchester City, Zack Steffen antara nama yang tidak dimasukkan ke dalam senarai skuad Piala Dunia yang diumumkan oleh Jurulatih Amerika Syarikat, Gregg Berhalter pada Rabu.

    Steffen, yang dipinjamkan ke Middlesbrough pada musim ini, sering dianggap sebagai pilihan utama Berhalter. Walau bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu diketepikan Berhalter untuk Piala Dunia Qatar, di mana Amerika Syarikat bakal bertemu Wales, England dan Iran dalam aksi pusingan pertama.

    Sebaliknya Matt Turner (Arsenal), Ethan Horvath (Luton Town), dan Sean Johnson (New York City) termasuk dalam senarai penjaga gawang di Qatar.

    Berhalter tidak berminat untuk memberikan komen berkenaan pengguguran Steffen, sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada kekuatan Horvath, Turner, dan Johnson.

    “Saya rasa dalam sesetengah kes, apa yang kami ada lebih penting daripada apa yang kami tiada.

    “Dengan adanya tiga orang penjaga gawang ini, kami rasa hebat. Kami nampak banyak kemajuan oleh Matt Turner di sepanjang enam bulan lepas, kami tahu Ethan Horvath berada pada tahap yang bagus, dan Sean Johnson dari awal lagi telah bersama kami. Jadi kami selesa dengan keputusan ini.

    “Kami akan tentukan siapa yang akan bermain dahulu selepas kami sampai di kem nanti. Tetapi saya lebih terdorong untuk jadikan Matt sebagai penjaga gawang utama,” kata jurulatih itu.

    Seorang lagi yang digugurkan daripada skuad Piala Dunia ialah penyerang muda, Ricardo Pepi. Remaja berusia 19 tahun ini sedang dipinjamkan ke FC Groningen, yang telah menunjukkan aksi hebat pada pusingan kelayakan dengan tiga gol dan menang ke atas Honduras dan Jamaica.

    Amerika Syarikat bakal memulakan kempen Piala Dunia dalam Kumpulan B pada 21 November. – AFP

    Ketua Jurulatih Amerika Syarikat, Gregg Berhalter bercakap kepada media semasa mengumumkan barisan pemain untuk Piala Dunia Qatar 2022 di Brooklyn Steel, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...