Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Suu Kyi bakal ketahui keputusan perbicaraan

    YANGON, 26 APRIL – Mahkamah junta Myanmar akan mengumumkan keputusan bagi perbicaraan kes rasuah Aung San Suu Kyi esok, menurut sumber, dalam kes yang boleh menyaksikan pemenang anugerah Nobel itu di penjara selama 15 tahun.

    Suu Kyi, 76, ditahan sejak rampasan kuasa tentera dan disingkirkan pada Februari tahun, menamatkan tempoh demokrasi yang tidak kekal lama negara itu.

    Dia sejak itu dikenakan dengan dakwaan jenayah, termasuk melanggar akta rahsia rasmi, rasuah dan penipuan undian, dan dia berdepan hukuman penjara lebih 150 tahun sekiranya semua dakwaan disabitkan.

    Keputusan bagi dakwaan rasuah, yang mana Suu Kyi didakwa menerima rasuah wang tunai AS$600,000 dan jongkong emas, yang dijadualkan hari ini, kata sumber terdekat kepada kes.

    Tetapi sesi pendengaran ‘ditangguhkan’ tanpa sebarang keputusan, yang kini dijadualkan esok, tambah sumber.

    Gambar fail bertarikh 30 Mac 2016, Aung San Suu Kyi bersama ketua jeneral, Min Aung Hlaing semasa majlis penyerahan di istana presiden di Naypyidaw. Keputusan bagi perbicaraan Suu Kyi bakal diketahui hari ini. – AFP

    Suu Kyi sudah dikenakan hukuman penjara enam tahun kerana hasutan ter-hadap tentera, melanggar peraturan COVID dan melanggar undang-undang telekomunikasi – meskipun dia kekal berada dalam tahanan di rumah semasa dia membela diri terhadap tuduhan lain.

    Wartawan telah dihalang daripada menghadiri sesi pendengaran khas mahkamah di Naypyidaw dan peguam Suu Kyi dilarang daripada bercakap kepada media.

    Suu Kyi berdepan 10 dakwaan rasuah – setiap dakwaan boleh membawa hukuman penjara 15 tahun.

    Dia turut dibicarakan kerana melanggar akta rahsia rasmi, di mana dia dituduh bersama-sama dengan seorang warga Australia, Sean Turnell.

    Lebih 1,700 orang terbunuh dan lebih 13,000 ditahan dalam tindakan keras terhadap bantahan sejak rampasan kuasa, menurut kumpulan pemerhati tempatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...