Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tambang bas RM1 Sarawak diteruskan

    KUCHING, 24 OGOS – Kerajaan Sarawak tidak bercadang untuk menghentikan kadar tambang rata RM1 bagi bas henti-henti di semua bandar di negeri ini, kata Menteri Pengangkutannya Datuk Seri Lee Kim Shin hari ini.

    Katanya, kerajaan negeri mahu menggalakkan penduduk kawasan bandar dan pengunjung ke negeri itu menggunakan perkhidmatan bas bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita adakah kerajaan negeri bercadang untuk menamatkan kadar tambang rata itu yang diperkenalkan pada 18 Mei 2020, iaitu ketika pandemik COVID-19 sedang memuncak, susulan keadaan yang kini beransur pulih. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...