Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Taufan Muifa menuju Shanghai

    BEIJING, 14 SEPT – Taufan kuat melanda segugusan pulau di China hari ini ketika ia menuju ke metropolis Shanghai.

    Taufan Muifa melanda kepulauan Zhoushan, berhampiran bandar pelabuhan Ningbo di pantai timur negara itu, kira-kira 8:30 malam, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan China.

    Ia diramal akan semakin melemah ketika menuju ke utara merentasi teluk namun masih berada pada kekuatan taufan apabila ia menuju Shanghai pada sebelah malam.

    Hujan lebat mulai turun di bandar yang mempunyai lebih 20 juta orang penduduk. Pemantau Hong Kong mengklasifikasikan ia sebagai taufan kuat dengan kelajuan angin maksimum 155 kilometer sejam.

    Semua penerbangan di dua buah lapangan terbang utama Shanghai dibatalkan dan pihak berkuasa telah mengarahkan orang ramai untuk mengosongkan tapak pembinaan dan kawasan berisiko lainnya, menurut laporan media China.

    Taufan itu dijangka melanda pada sebelah petang di wilayah Zheijiang, tetapi bergerak sedikit menuju timur, berada di laut kemudian akan menuju ke Shanghai.

    Semua penerbangan di lapangan terbang Ningbo dibatalkan dan lebih 11,000 bot nelayan kembali ke pelabuhan di wilayah itu, menurut media tempatan.

    Syarat ujian negatif koronavirus dalam tempoh 72 jam untuk memasuki bangunan dan kawasan awam lainnya telah digantungkan di Ningbo, kecuali lapangan terbang, stesen kereta api dan laluan lebuh raya.

    Laluan terkini ribut tersebut akan bergerak menuju Jiangsu dan wilayah Shandong di sepanjang pantai barat laut selepas melanda Shanghai. – AP

    Penduduk berjalan dalam hujan ketika Taufan Muifa diramalkan menuju Shanghai dan mendarat di metropolis itu pada sebelah malam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...