Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Teknologi bantu tadbir, sampaikan keadilan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Cabaran yang ditimbulkan oleh gelombang kedua dan ketiga COVID-19 telah memerlukan kita untuk menyesuaikan diri dan meneliti semula bagaimana kita mentadbir dan menyampaikan keadilan.

    Dalam hubungan itu, teknologi berperanan meluas dalam membantu kehakiman memastikan tugas mahkamah terus berjalan dengan mendengarkan kes-kes dan permohonan-permohonan secara dalam talian di kesemua peringkat mahkamah dan juga peruntukan bagi perkhidmatan-perkhidmatan secara dalam talian.

    Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Hakim Mahkamah Besar Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong dalam ucapannya pada Upacara Pembukaan Tahun Undang-undang 2022 yang berlangsung secara maya dari Mahkamah Besar Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Yang Amat Arif juga menyampaikan penghargaan kepada Pejabat Peguam Negara dan badan guaman atas soko-ngan mereka dan bekerjasama dengan kehakiman untuk memastikan bahawa sistem keadilan tetap terbuka dan berfungsi pada waktu-waktu berkenaan dan bagaimana pengguna mahkamah dan pihak berkepentingan telah dapat menyesuaikan diri dengan peralihan ke dalam talian.

    Ketua Hakim telah menggariskan kes-kes jenayah dan sivil yang telah didengarkan oleh Mahkamah Rayuan ketika mereka berada di Brunei Darussalam dan juga oleh hakim Mahkamah Tinggi yang berada di Australia melalui aplikasi Zoom, yang mana pihak-pihak berkenaan hadir dari jauh dari pelbagai lokasi di Brunei dan juga luar negara seperti di Kanada, India, Malaysia, Singapura dan United Kingdom.

    Yang Amat Arif menekankan semula komitmen kehakiman pada memastikan bahawa teknologi akan membolehkan akses yang selamat dan berkesan pada keadilan dan bahawa memanfaatkan penggunaan teknologi yang lebih meluas untuk mentadbir keadilan dengan berkesan.

    Bagi kemajuan mediasi di mahkamah pula, Yang Amat Arif menyebutkan mengenai pengenalan Arahan Amalan No.1 Tahun 2021 yang telah berkuat kuasa mulai Disember 2021 tentang penggunaan mediasi sebagai penyelesaian pertikaian alternatif bagi perkara yang melibatkan pertikaian undang-undang keluarga.

    Yang Amat Arif Ketua Hakim Mahkamah Besar semasa menyampaikan ucapan pada Upacara Pembukaan Tahun Undang-undang 2022, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...