Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Tempat tumpuan di KL ‘meriah’ dikunjungi warga asing 

    KUALA LUMPUR, 3 MEI – Beberapa tempat tumpuan di sekitar ibu kota termasuk pusat beli-belah Suria KLCC, Taman KLCC, Pavilion KL dan Jalan Bukit Bintang meriah dan dipenuhi rakyat tempatan dan warga asing yang mengambil kesempatan bersantai sempena cuti perayaan Aidilfitri.

    Tinjauan Bernama hari ini mendapati, lebih ramai warga asing bersiar-siar di ibu negara memandangkan kelonggaran pada prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 selain tidak lagi diwajibkan membuat imbasan kod QR menerusi MySejahtera.

     Seorang akauntan warga Sweden, Agnes Lundstrom, 45, mengalu-alukan kelonggaran SOP COVID-19 kerana ia telah memudahkan beliau untuk bergerak ke mana-mana sahaja.

    Agnes, yang telah lima tahun bekerja di negara ini, turut berasa lega kerana COVID-19 di negara ini telah beralih ke fasa peralihan endemik.

    “Namun, ini tidak bermakna kita boleh menggabaikan tanggungjawab untuk sama-sama membantu mencegah penularan virus….dan kini saya lebih yakin untuk mengunjungi tempat-tempat awam kerana pihak berkuasa tempatan negara initelah menjalankan tugas dengan baik dalam memastikan semua orang mematuhi SOP,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Suria KLCC hari ini. – Bernama

    Antara warga asing yang bekerja di negara ini mengambil peluang cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri untuk bersiar-siar dan berehat di kawasan Taman Rekreasi Menara Berkembar Petronas KLCC ketika tinjauan semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...